Kawasan perindustrian perlu lengkap, diurus dengan baik

[Utusan Online]30 March 2018

PENGARAH Urusan AME Development Sdn. Bhd., Kelvin Lee (dua dari kiri) memberi penerangan kepada Mohamed Khaled mengenai pelan i-park@Senai Airport City di Senai, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KULAI 17 Mac - Kawasan perindustrian di negeri ini perlu diurus tadbir dengan baik serta dilengkapi pelbagai kemudahan dan keperluan bagi menarik minat para pelabur.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kawasan perindustrian yang dibangunkan seharusnya mempunyai standard tersendiri dalam usaha membantu Johor menarik pelaburan dalam bidang berfokus dan tertentu.

“Usaha untuk menarik pelaburan bukan sekadar bergantung dengan lokasi yang strategik dan kewujudan pekerja mahir, malah bagaimana kawasan perindustrian itu disediakan dan diuruskan turut memainkan peranan penting.

“Pihak pelabur mengambil kira terutamanya dalam kawasan pelaburan ada tempat penginapan, rekreasi dan kemudahan lain yang memberi nilai tambah bagi mereka. Jadi, apa yang dibuat i-park@Senai Airport City dijadikan satu standard bagi kawasan perindustrian di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan i-park@Senai Airport City, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

source: Utusan.com.my


Instant SSL Premium